Khabar duka neelofa meninggal dunia....
Allahyarham meninggal dunia pada hari ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW yang disambut umat Islam, semalam.
"Insya-Allah moga Allah dan Rasulullah SAW menyambut Abah dengan gembira di hari mulia Baginda Nabi. Hari lahirnya Nabi dan hari wafatnya nabi.
"Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah, Nabi Muhammad... Al-fatihah," luahnya.
Melalui entri berasingan yang dimuat naik di Instagram kira-kira sejam tadi, Neelofa sekali lagi meluahkan kasih sayangnya terhadap arwah yang banyak mengajarnya erti kehidupan.
"Terlalu banyak mengenai 'Abah' yang mahu ditulis tetapi saya sudah meluahkan semuanya ketika kita berjumpa dan saya harap 'Abah' dengar semuanya.
"Sekarang, rehatlah 'Abah', moga Allah kurniakan syurga yang tertinggi, terima segala perbuatan dan kebaikanmu serta dipermudahkan segala-galanya," katanya.
Sebelum ini, Neelofa pernah memuat naik status dan foto bapa kepada ibunya mengenai keadaan 'Abah' sambil mengucap syahadah dan berzikir tanpa henti.
Khabar menyedihkan itu turut dikongsi wakil pengurusan selebriti berkenaan yang memaklumkan hos program Meletop itu kehilangan insan tercinta.
“Salam takziah buat Neelofa dan seluruh ahli keluarga yang baru kehilangan datuk beliau yang tersayang. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah,” katanya.
Jenazah difahamkan sudah dibawa pulang ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan pagi ini.
Posting Komentar untuk "Khabar duka neelofa meninggal dunia...."